Ucapan
YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa perdebatan Rang
Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018 pada 15-Aug-2018
Saya bangun untuk
menyertai perdebatan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018.
Walaupun hanya 2
mukasurat, Rang Undang-undang ini penting kerana ia satu RUU berkenaan digital
world.
Malaysia ialah antara
negara pertama di dunia yang membuat undang-undang berkenaan fake news. Definisi fake news sangat longar dan terpakai
di skop yang besar dan termasuk rakyat Malaysia dan warga asing. Apabila ruang cakup yang begitu besar, maka
ia bakal menjadi satu alat untuk menghalang kebebasan bersuara dan bertentangan
dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Any information not verified by
Malaysian authorities cthnya 1MDB would be considered false.
Anti fake news Act juga
diluluskan secara gopoh tanpa proses consultation dengan reelveant
stakeholders.
Parlimen Gernman juga
telah memakai Network Enforcement Act (NetzDG) pada 1-10-2017 tetapi ia hanya
target kepada social media networks yang mempunyai 2 juta pengguna berdaftar. Obligasi untuk mengeluarkan fake news adalah
pada social media network selepas menerima aduan pengguna.
Kita dalam ambang sejarah
manusia di mana platform digital baru telah mencecah sehingga selurun dunia.
Berita Tidak Benar (fake
news) sebenarnya satu by-product era digital. Ini semua adalah berkenaan dengan
persepsi orang ramai di mana institusi kerajaan serta media massa tradisional
hilang kredibiliti di kalangan orang ramai.
Untuk memastikan satu
system demokratik yang bebas, adalah penting Kerajaan, sektor perniagaan dan
pengguna bekerjasama untuk menyelesaikan maalah fake news. Kerajaan perlu menggalakkan kebebasan media
yang professional dalam masyarakat. Industri media massa perlu mengekalkan
kewartawanan yang bertaraf tinggi untuk membina kepercayaan orang ramai.
Syarikat-syarikat teknologi pula perlu melabur dalam tools untuk mengenalpasti
fake news dan mermperbaikini online accountability. Institusi pendidkan perlu
mendidik orang ramai berkenaan literasi berita. Individu perlu mengikuti dan
membaca sumber berita yang pelbagai samada online atau media konvensyen dan
dapat bezakan yang benar dengan yang tidak benar.
Fake news dikeluarkan
oleh pihak yang menyamar sebagai media tetapi menyebarkan berita palsu untuk
mengelirukan orang ramai. Sekiranya aktiviti ini menjadi kempen bersistematik,
ia akan bakal merosakkan kempen serta pentadbiran seluruh negara.
Kerajaan janganlah melaksanakan
polisi crackdowns on the news media atau censoring content.
Adalah penting organisasi
media untuk menerbitkan fake news dan menyatakan ia fake news. To call a spade
a spade.
Firma teknologi perlu
melabur untuk mengenalpasti fake news dan fake account menggunakan algorithm
untuk melindungi pengguna.
Saya mencadangkan
Kerajaan bekerjasama dengan NGO untuk program-program news literacy – bagaimana
menggunakan smart phone dan news literacy boleh membantu mereka yang online
bagi kali pertama. Mereka merupakan kumpulan yang vulnerable dari segi fake
news kerana belum biasa dalam dunia digital dan bezakan antara real news dan
fake news.
Saya juga ingin menyeru
Kerajaan melalui undang-undang melindungi data peribadi. Ini kerana data-data
telah dikutip oleh syarikat-syarikat untuk micro-target untuk penyebaran fake
news.
Saya telah meneliti
laporan dari Select Committee Digital, Culture, Media and Sort House of Commons
UK bahawa perlu satu framework baru untuk meminta tanggungjawab lebih besar
dari syarikat-syarikat teknologi.
1.
Liabiliti undang-undang yang baru kepada
syarikat-syarikat media untuk bertindak ke atas kandungan yang harmful and
misleading yang bertentangan dengan community guidelines of social media sites.
2.
Kaedah Artificial intelligence untuk
mengenalpasti kandungan yang harmful.
Oleh itu, terdapat banyak langkah untuk menangani
isu fake news.
Begitu juga dengan
terdapat undang-undang yang sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak
dan Penerbitan 1984 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh
menangani berita tidak benar.
Oleh itu Kerajaan BN
telah tergesa-gesa untuk meluluskan satu akta yang masih mentah dan belum masak
dengan klausa punitive yang berat.
--------